Suzuki hari ini memperkenalkan dua model keluarannya untuk pasaran domestik Jepun iaitu Suzuki GSX-R125 2022 dan Suzuki GSX-S125 2022. Kedua-dua model kini tampil dengan pilihan warna terbaharu, selain perubahan kecil di bawah enjin yang melibatkan fairing, cowl dan penutup ekzos yang kini direka semula agar ianya tampil lebih sporty.
Tag: Suzuki GSX-R125
Suzuki GSX-R125 dan Suzuki GSX-S125 versi musim 2022 kini diumumkan untuk pasaran Eropah
Suzuki baru-baru ini rasmi mengumumkan ketibaan dua model keluarannya bagi musim depan iaitu Suzuki GSX-R125 2022 dan Suzuki GSX-S125 2022, khusus untuk pasaran rantau Eropah. Untuk model Suzuki GSX-R125, ianya boleh didapati dalam dua pilihan warna, manakala Suzuki GSX-S125 tersedia dalam tiga pilihan warna kesemuanya.
Suzuki GSX-R125 ABS 2021 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran domestik Jepun
Suzuki pada kelmarin telah mengumumkan model Suzuki GSX-R125 ABS 2021 akan menerima kemaskini warna baharu untuk pasaran domestik Jepun, bermula tarikh 18hb. Januari 2021. Pilihan warna terbaharu yang ditawarkan kali ini ialah Stronger Red / Titan Black, di samping dua warna terdahulu Triton Blue Metallic dan Titan Black.
Suzuki GSX-R125 2020, harga £3,899 di pasaran UK
Suzuki GSX-R125 diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun 2016 yang lalu. Menurut Suzuki, model sportbike tersebut menawarkan nisbah kuasa kepada berat, nisbah tork kepada berat dan pecutan yang terbaik, serta pengendalian yang lincah dengan tahap ekonomi bahan api cemerlang di dalam kelas 125cc.




