Model kapcai mampu milik SM Sport 110E mula dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019, dengan harga jualan asas sekitar RM 3,500.00 sahaja. Untuk musim 2022, SM Sport 110E (N2) telah pun diperkenalkan baru-baru ini, kini tampil dengan tiga skim warna dan jalur grafik terbaharu yang lebih menarik iaitu Merah, Kuning dan Biru.
Tag: SM Sport 110E
SM Sport 110E 2019 kini di pasaran Malaysia
Pada tarikh 22hb. September 2019 yang lalu, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan SM Sport 110E, sebuah model motosikal kapcai terbaharu dalam segmen 110cc untuk pasaran tempatan. SM Sport 110E diperkenalkan selepas kejayaan model SM Sport 110R yang telah pun berada di pasaran tempatan sejak bulan Julai 2017.


