SM Sport 110E (N2) 2022 kini di pasaran Malaysia dengan tiga pilihan warna terbaharu

Model kapcai mampu milik SM Sport 110E mula dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019, dengan harga jualan asas sekitar RM 3,500.00 sahaja. Untuk musim 2022, SM Sport 110E (N2) telah pun diperkenalkan baru-baru ini, kini tampil dengan tiga skim warna dan jalur grafik terbaharu yang lebih menarik iaitu Merah, Kuning dan Biru.

SM Sport 110E (N2) 2022 kekal dikuasakan enjin bersesaran 109cc (empat lejang, satu silinder, dua injap) dengan sistem karburetor, dan dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 6.0hp (4.5kW) @ 7,500rpm dengan tork maksimum 7.0Nm @ 5,000rpm. Kapasiti penuh tangki bahan apinya ialah 4.0 liter.

Kapcai tersebut seterusnya dilengkapi sistem penghidup jenis tendang dan elektrik, fork depan teleskopik, penyerak hentak belakang berkembar, brek depan dan belakang jenis dram, rim aloi lima bilah yang sporty, tayar depan bersaiz 70/90-R17 dan tayar belakang bersaiz 80/90-R17, suis kunci anti kecurian, dan ketinggian tempat duduknya 760 mm.