Model skuter WMoto Xtreme 150i 2021 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan Julai tahun lepas. Kini model berkenaan tampil dalam versi Special Edition untuk musim 2022, dengan pilihan warna Vibrant Green yang cukup menyerlah. Menurut info di dalam Mudah.my, harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 10,688.00 sahaja.