
KTM Malaysia akan membawa barisan model terbaru siri 390 mereka ke pameran bergerak Eurotech Road Tour di empat lokasi berasingan di seluruh Malaysia.
Pameran yang dinamakan Eurotech Road Tour itu dijangka membolehkan orang ramai melihat secara dekat barisan model terkini iaitu 390 SMC R, 390 Adventure R, 390 Adventure X dan 390 Enduro R.
Selain itu, pameran juga akan disertai produk skuter Zontes, topi keledar Gracshaw, minyak pelincir MOTOREX dan juga BikeEmpire96.
Lokasi Pameran & Tunggang Uji

Ini adalah lokasi dan tarikh pameran serta sesi tunggang uji:
MyTOWN Shopping Centre (Kuala Lumpur)
- Tarikh: 14 hingga 17 Mei 2026
Auto-City (Pulau Pinang)
- Tarikh: 22 hingga 24 Mei 2026
KTCC Mall (Terengganu)
- Tarikh: 11 hingga 13 Jun 2026
Toppen Shopping Centre (Johor)
- Tarikh: 19 hingga 21 Jun 2026

