PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 untuk skuter moden, beri perlindungan terbaik

Semakin banyak model skuter mula membanjiri pasaran Malaysia.

Malah boleh dikatakan ibarat sudah tercetuskan ‘perang skuter’ membabitkan pelbagai model berjenama China, Taiwan, Eropah dan Jepun.

Rata-rata pengguna dan pemilik sudah tentu memerlukan produk terbaik untuk penjagaan enjin. Trend dan keperluan ini lama dipantau PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM).

Hujung minggu lalu, PLMM secara rasminya melancarkan produk bahan pelincir terbaharu khas untuk kegunaan skuter di International Scooterian Mega Gathering 4.0 di Terengganu.

Dipanggil, PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40, minyak pelincir jenis sintetik penuh premium itu adalah produk terbaik untuk keperluan skuter.

Sasaran produk ini amat mudah iaitu untuk pemilik skuter yang mementingkan prestasi terbaik dan perlindungan maksimum.

Ini kerana kebanyakan masa skuter ini digunakan dalam bandar iaitu kawasan kesesakan trafik tinggi yang mendedahkan enjin kepada tekanan melampau disebabkan suhu operasi tinggi.

PETRONAS Sprinta Skuter Extreme hadir dengan Teknologi UltraFlex yang digabungkan dengan Formulasi +Ester untuk memberi kestabilan ricihan yang unggul dan kelancaran tunggangan segera.

Ini kelebihan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40

  • Teknologi +Ester: memberi lapisan perlindungan magnetik yang mengurangkan geseran secara drastik, memastikan pecutan yang lebih responsif dan perlindungan komponen enjin daripada haus (wear and tear).
  • Gred Kelikatan 5W-40: memastikan aliran minyak pantas semasa enjin mula dihidupkan enjin (cold start) dan mengekalkan kecekapan pelinciran pada suhu tinggi ekstrem.
  • Kestabilan UltraFlex: melindungi enjin daripada deposit dan penebalan minyak, sekali gus memanjangkan jangka hayat enjin walaupun dalam kondisi tunggangan mula-henti (start-stop) yang agresif.
  • Standard Global: memenuhi dan melebihi piawaian industri tertinggi, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik skuter berkuasa tinggi (maxi-scooter) mahupun skuter harian.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata:

“Kami memahami bahawa penunggang skuter hari ini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi mahukan pengalaman tunggangan yang lancar dan berkuasa.

Dengan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester, kami membawakan teknologi terbaik perlindungan enjin, pengurangan haba dan ini memberi keyakinan serta ketenangan di dalam setiap perjalanan.”