Peugeot SpeedFight 4+
Satu-satunya skuter Peugeot SpeedFight 4+ dijual dengan harga badan bawah RM10,000 di Malaysia. Inilah model termurah setakat ini.
Seramai 30 pembeli pertama Peugeot SpeedFight 4+ boleh dapat servis pertama percuma dengan minyak pelincir Motul sentetik penuh.
Ini perincian Peugeot SpeedFight 4+ :
- SpeedFight 4+ ini adalah model generasi keempat sejak siri itu mula diperkenalkan pada tahun 1997.
- Empat warna disediakan untuk pasaran Malaysia iaitu merah putih (Red Rouge/Icy White), hijau putih, kelabu dan serba hitam (Mad Black).
- Lampu depan jenis projektor LED yang nampak macam mata singa, brek belakang LED jalur tiga seperti kuku singa. Lampu signal belakang bukan jenis capang.
- Meter digital LCD bersaiz 5 inci. Ada soket USB Type-A. Ada spoiler belakang. Lantai kaki depan pelapik aluminium (non-slip). Masih menggunakan anak kunci.
- Enjin jenis satu silinder 150cc dengan sistem sejukan cecair, berkuasa 12.47hp pada 7,500rpm dengan tork puncak 13.2Nm pada 5,500rpm. Transmisi jenis CVT.
- Sistem brek cakera depan belakang dengan tambahan Sistem Brek ABS dwi-saluran..
- Rim aloi 13 inci dengan padanan sepasang tayar saiz 130/60. Tangki minyak 7.4 liter.





































