Peugeot Motocycle akhirnya kembali semula ke Perancis…

Tahukah anda….. Peugeot Motocycles debut di Malaysia adalah hari sama menyaksikan Peugeot Motocycles kembali semula ke Perancis.

Suatu detik yang amat bermakna untuk Peugeot Motocycle selepas lebih 10 tahun berada dalam pemilikan syarikat asing (firma luar Perancis).

Syarikat Peugeot Motocycle pernah diambil alih 100 peratus oleh gergasi automotif India sebelum bertukar tangan kepada pemilikan firma dari Jerman.

Mahindra dari India menerusi anak syarikatnya, Mahindra Two Wheelers Europe buat pengumuman rancangan mahu ambil alih Peugeot Motocycle dari PSA Group (Groupe PSA) pada tahun 2014.

Tahun 2015, Mahindra selesai beli 51 peratus pegangan Peugeot Motocycle dan baki 49 peratus masih dimiliki PSA Group.

Dan pada tahun 2019, Mahindra umumkan mereka sudah beli baki pegangan (49 peratus) untuk menguasai 100 peratus Peugeot Motocycle. Rujuk pengumuman di bawah:

Peugeot Motocycle berada di bawah Mahindra selama lapan tahun dan fokus produk dikatakan lebih tertumpu kepada segmen skuter. Namun, prestasi perniagaan digambarkan ‘tidak begitu gemilang’.

Pada tahun 2023, firma pelaburan dari Jerman iaitu Mutares SE & Co. KGaA (Mutares) pula umumkan mereka sudah membeli 50 ekuiti dan 80 peratus kawalan pegangan Peugeot Motocycle. (pengumuman di bawah)

Sepanjang Peugeot Motocycle berada di bawah Mutares, ada beberapa perubahan positif dilaporkan berlaku untuk membawa semula syarikat itu ke landasan sebenar. Antaranya ialah  penstrukturan semula dan transformasi operasi.

Pihak pengurusan Peugeot Motocycles kemudian mengemukakan hasrat untuk mengambil alih syarikat mereka kepada pihak Mutares.

Dan di bawah ini pula adalah pengumuman terbaharu Mutares yang memaklumkan Peugeot Motocycle akan beralih kepada pihak pengurusan syarikat itu sendiri. Kenyataan ini dikeluarkan hari sama Malaysia menyambut kedatangan jenama Peugeot Motocycle…..

Dalam tempoh pemilikan di bawah Mutares, Peugeot Motocycles kembali bangkit dan melakar beberapa perkembangan penting termasuk melangkah ke segmen mobiliti elektrik dengan mengambil alih Dab Motor.

Di bawah Mutares juga, Peugeot Motocycles menjalin kerjasama dengan Sherco yang membawa kepada kelahiran tiga jentera dalam siri motosikal 2-lejang 50cc iaitu XP6.

Apa rancangan seterusnya pengurusan Peugeot Motocycles Groupe? Itu kita kena tunggu dan lihat…. di Malaysia, Aveta sudah ada rancangan tersendiri untuk jenama Peugeot Motocycles…