Aveta Care on Wheels: Khidmat bantuan bergerak ditingkatkan sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri

Aveta Motor Malaysia (Aveta) mengambil inisiatif meluaskan program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels kepada pengguna skuter dan motosikal mereka.

Usaha itu sedang berlangsung pada ketika ini iaitu semasa musim cuti perayaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Semenanjung Malaysia.

Aveta menjelaskan mereka mahu menyediakan khidmat lepas jualan pada kadar yang lebih pantas, mudah didapati dan boleh dipercayai untuk pelanggan mereka.

Antara faktor mendorong Aveta meluaskan program Aveta Care on Wheels ialah:

  • Aveta meramalkan ada kenaikan permintaan untuk khidmat bantuan sebanyak 20 hingga 30 peratus sepanjang tempoh tersebut (cuti Raya).
  • Berlaku peningkatan jumlah penunggang motosikal iaitu 30 hingga 40 peratus untuk pulang ke kampung.

Liputan khidmat bantuan bergerak semasa cuti musim Raya ini dilaksanakan Aveta dengan kerjasama beberapa pengedar Preferred Plus terpilih, termasuk tawaran motosikal ehsan kepada penunggang.

Ini membantu mengurangkan masa kerosakan yang dialami penunggang serta memberi ketenangan minda kepada pelanggan Aveta.

Pasukan khidmat lepas jualan kini menjadi enam unit berbanding seunit sebelum ini untuk kawasan di Semenanjung Malaysia (dengan penglibatan pengedar Preferred Plus).

Ini membolehkan:

  • Kapasiti perkhidmatan keseluruhan kira-kira 30 hingga 40 peratus
  • Penyediaan bantuan di lokasi dengan lebih pantas
  • Masa respons ditingkatkan sehingga 50 peratus lebih pantas

Siapa Jaga Mana?

KW Keat Wei Motor

  • Beri sokongan kepada penunggang di serata Kedah termasuk Alor Setar dengan liputan  dilanjutkan ke Perlis.

CKT Motor

  • Berkhidmat di Sungai Petani dan kawasan sekitar termasuk Pulau Pinang dan Perak.

NG Brothers Motor

  • Menyokong penunggang di Johor Selatan dari Simpang Renggam hingga Johor Bahru dan kawasan berhampiran.

Aveta

  • Pasukan servis dalaman Aveta berkhidmat di Kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur.

Apa Kata Orang Kuat Aveta?

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim berkata:

“Pada musim Hari Raya, kami meramalkan lebih ramai penunggang motosikal di jalan raya dan kebanyakannya menunggang lebih jauh daripada biasa.

“Peluasan rangkaian ini membolehkan pelanggan mendapatkan sokongan tepat pada masanya di mana sahaja mereka berada, memberikan tahap keyakinan dan ketenangan fikiran lebih tinggi di sepanjang perjalanan.

“Menerusi kerjasama rapat dengan para pengedar Preferred Plus, kami menjadikan perkhidmatan lebih mudah didapati, lebih responsif dan lebih selari dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.”

Jika anda perlukan bantuan atau perkhidmatan Aveta, sila hubungi talian khas Aveta Careline di 012-503 5409.