Sportbike 2-silinder Keeway RKR 250 akan masuk pasaran Malaysia, harga badan RM13,888

Sportbike suku liter Keeway RKR 250 akan memasuki pasaran Malaysia dengan anggaran tarikh seawal Disember ini. Harga badan yang diumumkan untuk model ini kekal RM13,888.

Pelancaran dan pengumuman harga badan rasmi untuk Keeway RKR 250 ini dibuat di China sempena Majlis Sambutan MForce Top 68 Dealer’s Award di Taizhou, wilayah Zhejiang. Turut dilancarkan atas pentas sama ialah skuter baharu Keeway BX200i.

Seperti dilaporkan kru kami sebelum ini, model ini pernah dikesan mengunjungi Terengganu International Bike Week (2025).

Keeway RKR 250 adalah hasil rekaan pihak Centro Stile Morbidelli di Itali. Dari aspek harga pula, Keeway RKR 250 (2025) ternyata membolehkan peminat memiliki sebuah motosikal sport 2-silinder dengan harga lebih mampu dimiliki.

Warna pilihan untuk Keeway RKR 250 ada dua iaitu hitam dan merah. Model ini dijangka ditawarkan di pasaran Malaysia bermula Disember ini atau Januari 2026

SPESIFIKASI KEEWAY RKR 250

Keeway RKR 250 (2025)
Enjin2 silinder sebaris, DOHC, 8 Injap
Kapasiti249.3cc
Kuasa maksimum31.5hp @ 10,500rpm
Tork maksimum22.5Nm @ 9,500rpm
Bore x Stroke60mm x 44.1mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Slipper
Suspensi depanFork teleskopik USD 40mm, travel 100mm
Suspensi belakangMonoshock boleh laras, travel 42.5mm
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera 320mm, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera 240mm, kaliper 1 piston
Panjang1,980mm
Lebar780mm
Tinggi1,110mm
Jarak dari bumi148mm
Jarak roda1,380mm
Tinggi tempat duduk770mm
Tangki minyak12 liter
Berat kering160kg
Bonus- Ada ABS dwi-saluran dan boleh dinyah aktif.
- Ada Traction Control System (TCS)
- Meter digital TFT 5 inci
- Ada port USB Type A dan Type C
- Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
- Sistem lampu LED penuh, lampu depan projektor LED
- Ada lampu kecemasan (Hazard Light)
- Ada lampu DRL