HLYM lancar Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) edisi 2026, harga mula RM9,498

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Royal Maroon sebagai pilihan warna terbaharu bagi Yamaha Y15ZR Special Edition (SE).

Model ini Y15ZR Special Edition (SE) ada Sports Visor eksklusif, dilengkapi Yamaha Premium Basket dan port pengecas USB Type-C.

Yamaha Y15ZR SE diperkenalkan dengan harga badan RM9,498 dan sudah berada di pasaran sejak 1 Julai 2026.

Setiap pembelian Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) akan dihadiahkan alat kunci motosikal,  Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100.

Spesifikasi nampaknya masih kekal sedia ada.

Enjin enjin silinder tunggal sejukan cecair, SOHC, 150cc dengan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,500 rpm serta tork 13.8Nm pada 7,000rpm.

Galeri Gambar Yamaha Y15ZR SE (2026)