WMOTO NX150S (2026): Skuter terbaharu masuk Malaysia, tangki minyak 15 liter, ABS depan belakang, TCS, Harga badan RM6,688

Skuter WMOTO NX150S edisi 2026 yang dilancarkan MForce Bike Holdings ke pasaran Malaysia dengan harga RM6688

Kami pernah kongsikan sedikit tentang skuter 150cc ini yang dilengkapi tangki minyak seluas 15 liter dengan harga badan yang lebih rendah daripada beberapa skuter kelas 125cc di pasaran Malaysia.

Malam semalam, MForce Bike Holdings (MForce) secara rasminya memperkenalkan skuter tersebut iaitu WMOTO NX150S (2026) dengan harga badan RM6,688 seunit.

Jika diteliti, harga WMOTO NX150S itu sebenarnya sama seperti WMOTO Island 150 yang dilancarkan awal bulan Februari 2026.

3 Warna Pilihan WMOTO NX150S (2026)

Skuter WMOTO NX150S ini didatangkan dengan tiga warna pilihan seperti berikut: Lava Brown (coklat) Grind Green (hijau) Glacier Grey (kelabu)

Skuter WMOTO NX150S ini didatangkan dengan tiga warna pilihan seperti berikut:

  • Lava Brown (coklat)
  • Grind Green (hijau)
  • Glacier Grey (kelabu)

Ciri MenarikĀ WMOTO NX150S (2026)

Ada 11 ciri yang memberi kelebihan kepada WMOTO NX150S untuk bersaing dalam kategori skuter 150cc tempatan iaitu:

  • Meter digital penuh LCD berwarna
  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu nyalaan siang (DRL)
  • Sistem kekunci pintar (keyless)
  • Brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh diaktifkan atau dipadamkan
  • Soket USB Type A dan Type C
  • Kemasan ala gentian karbon pada penutup minyak dan pelana
  • Lampu kecemasan (Hazard Light)
  • Ruang simpanan 19 liter bawah pelana
  • Tongkat sisi dengan suis keselamatan
  • Brek parkir

Video WMOTO NX150S

Spesifikasi WMOTO NX150S

WMOTO NX150S (2026)
Enjin1 silinder, SOHC, 4 injap
Kapasiti149.6cc
Kuasa maksimum11.6kW @ 8,500rpm (15.55hp)
Tork maksimum14.7Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke57.3mm x 58mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar
Tayar depan130/70 - 13
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,954mm
Lebar780mm
Tinggi1,162mm
Jarak dari bumi90mm
Jarak roda1,363mm
Tinggi tempat duduk758mm
Tangki minyak15 liter
Berat132kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Ada brek ABS depan belakang
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- Lampu penuh LED
- Lampu kecemasan

Galeri Gambar WMOTO NX150S