
Ada empat varian skuter dilancarkan Zontes Malaysia pada minggu lalu membabitkan empat model daripada siri 368 untuk pasaran domestik.
Empat varian itu ialah Zontes 368D, Zontes 368E, Zontes 368G dan Zontes 368K. Semua varian ini adalah model versi kedua (V2) yang sudah dijual di China.
Artikel ini akan fokus kepada Zontes 368D V2 untuk pasaran Malaysia dan melihat apa perbezaan atau perbandingan dengan 368D V1 serta Zontes 350D.
Berapa Harga Zontes 368D V2 (2026)?
Zontes 368D V2 (2026) dijual dengan harga badan RM23,800 seunit dan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.
Berapa Pilihan Warna Zontes 368D V2 (2026)?
Zontes 368D V2 (2026) didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu kelabu, hitam dan hijau.
Ini Senarai Ciri Naik Taraf Zontes 368D V2 (2026)
- Skuter dikatakan memiliki reka bentuk yang lebih segar.
- Berat skuter ini didakwa turun 20kg dengan membuat perbandingan dengan berat model Zontes 350D. Semakan di laman web Zontes negara luar mendapati berat versi 368D V1 dan 368D V2 sebenarnya sama iaitu 175kg.

- Enjin kini menggunakan sistem dwi-penyejukan membabitkan cecair dan minyak. Apa yang baru ialah siri 368 kini ada penambahan untuk penyejukan minyak enjin. Model V1 cuma menggunakan sejukan cecair.
- Jika dulu kena servis sela setiap 4,000km tapi dengan adanya sistem dwi-penyejukan ini, servis sela Zontes jadi setiap 6,000km.
- Ada perubahan pada sistem suspensi. Fork depan kini jenis terbalik (USD) dan boleh laras lantunan (rebound) dan mampatan (compression). Jenama fork V2 ialah MZKS. Model V1 tak boleh laras fork depan.

- Absorber belakang V2 kekal jenis berkembar tanpa tabung dan didakwa mendapat talaan untuk tawaran prestasi lebih baik.
- Saiz meter TFT masih sama iaitu 6.75 inci berwarna. Sekarang tinggal empat pilihan paparan muka (V1 sebelum ini ada lima pilihan paparan).
- Cumanya, paparan meter navigasi perlu disambung dengan aplikasi Zontes Smart App.

- Meter dikatakan lebih cepat diaktifkan (3 saat) disebabkan ada penambahbaikan dibuat membabitkan cip pemprosesan dan perisian.
- Sekarang Zontes guna sistem kawalan pendikit minyak elektronik Bosch. Bukan lagi jenis kabel tapi jenis ride by wire. Ini membuatkan bar hendal nampak lebih kemas (kurang wayar).
- Ada Kawalan Jelajah (Cruise Control). Julat untuk menggunakan Cruise Control ialah dari kelajuan serendah 50km/j sehingga 140km/j.
- Jika kurang atau lebih daripada kelajuan itu, Cruise Control tidak berfungsi.

- Butang konsol kiri dan kanan kini lebih kemas. Tidak lagi sarat dengan pelbagai butang macam versi V1.
- Konsol kawalan di kanan hendal ada tiga butang utama iaitu:
- Butang On, Kill Switch dan Start Engine
- Butang nyalakan atau padam lampu
- Butang Mode

- Konsol kawalan di kiri hendal ada butang:
- Buka tempat duduk
- Buka tempat isian petrol
- Hon
- Lampu Kecemasan (Hazard Light)
- Lampu signal
- Tombol navigasi (mcm joystick)
- Cruise Control
- Lampu tinggi, rendah dan Bypass

- Ada dua mode tunggangan iaitu Sport dan Touring.
- Ada dashcam hanya untuk bahagian depan. Belakang tidak ada dashcam secara standard tapi boleh ditambah secara berasingan (kena beli sendiri).

- Muffler ekzos lebih kecil berbanding V1 dan kini lebih ringan 2kg.
SPESIFIKASI ZONTES 368D
| Zontes 368D V2 (2026) | Zontes 368D V1 (2024) |
|
|---|---|---|
| Enjin | 1 silinder SOHC | 1 silinder SOHC |
| Kapasiti | 368cc | 368cc |
| Kuasa maksimum | 28.5kW @ 7,500rpm (38.2hp) | 28.5kW @ 7,500rpm (38.2hp) |
| Tork maksimum | 40Nm @ 6,000rpm | 40Nm @ 6,000rpm |
| Bore x Stroke | 79mm x 75mm | 79mm x 75mm |
| Nisbah mampatan | 11.8 : 1 | 11.8 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair dan minyak enjin | Sejukan cecair |
| Kotak gear | CVT | CVT |
| Suspensi depan | Fork teleskopik USD 41mm boleh laras | Fork teleskopik biasa 37mm |
| Suspensi belakang | Absober berkembar boleh laras 5-tahap | Absober berkembar boleh laras 5-tahap |
| Tayar depan | 120/70-15 | 120/70-15 |
| Tayar belakang | 140/70-14 | 140/70-14 |
| Brek depan | Cakera 276mm, kaliper 4 piston | Cakera 276mm, kaliper 4 piston |
| Brek belakang | Cakera 240mm, kaliper 1 piston | Cakera 240mm, kaliper 1 piston |
| Panjang | 2,025mm | 2,025mm |
| Lebar | 805mm | 790mm |
| Tinggi | 1,190mm | 1,190mm |
| Jarak dari bumi | 150mm | 150mm |
| Jarak roda | 1,405mm | 1,405mm |
| Tinggi tempat duduk | 760mm | 760mm |
| Tangki minyak | 12 liter | 12 liter |
| Berat kering | 175kg | 175kg |
| Bonus | - Dua mode: Touring dan Sport - Ada Brek ABS depan belakang - Ada Cruise Control - Ada Traction Control - Meter TFT 6.75 inci berwarna - Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) - Kamera dashcam depan - Ada TPMS - Sistem lampu LED penuh - Ada brek parkir - Soket USB Type A dan Type C | - Dua mode: ECO dan Sport - Ada Brek ABS depan belakang - Ada Traction Control - Meter TFT 6.75 inci berwarna - Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) - Ada TPMS - Sistem lampu LED penuh - Ada brek parkir - Soket USB Type A dan Type C |








