
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan motosikal Moto Morini X-CAPE 700 sudah berada di pasaran tempatan selepas model tersebut diperkenalkan kepada media Malaysia di China November lalu.
Harga badan yang diumumkan ialah RM33,888. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Motosikal adventure touring itu didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Stone Black (hitam),
Vortex Red (merah) dan Dynamic White (putih).
PERINCIAN
- Enjin dua silinder 693cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 55kW @ 8,500rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper
- Fork terbalik (USD) boleh laras Marzocchi, jarak travel 165mm.
- Absober tunggal boleh laras KYB, jarak travel 160mm.
- Brek depan jenis berkembar 298mm, kaliper Brembo 4-piston.
- Brek belakang cakera tunggal 255mm, kaliper Brembo 2-piston.
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang.
- Rim depan multijejari (spoked) dengan tayar saiz 110/90-R19.
- Rim belakang multijejari 150/70-R17.
- Panjang 2,220mm
- Lebar 960mm
- Tinggi 1,510mm.
- Jarak roda 1,490mm.
- Tinggi pelana 840mm.
- Jarak lega bumi 190mm.
- Berat kasar 233kg.
- Tangki minyak 18 liter.
- Meter digital TFT 7 inci berwarna, ada soket USB Type-A dan Type-C.
- Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu nyalaan siang (DRL).
- Ada Traction Control System (TCS), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Mod Ride dan Off-Road, ada kamera dashcam (depan) dan sambungan Bluetooth.
- Ada kotak sisi 34 liter (kiri) dan 30 liter (kanan).
- Kotak atas (top box) berkapasiti 39 liter.
- Tambahan lain ialah gard tangan dan bar pelindung (crash bar).
- Penghadang angin boleh laras secara manual.
- Jaminan pengilang 2 tahun tanpa had perbatuan





















