Kawasaki Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR (2026): Ini spesifikasi dua supersport terbaru di Malaysia, guna lencana Modenas

Modenas Kawasaki Ninja zx-4r se dan 4rr

Kawasaki Malaysia kini menawarkan sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R yang nampaknya menggunakan lencana Modenas pada bahagian depan dan sisi motosikal.

Ini bermaksud, model ini juga akan dipanggil sebagai Modenas Ninja ZX-4R dan didatangkan dengan dua varian pilihan dengan harga badan bawah RM43,000.

Ada dua varian versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Modenas di Kedah ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia iaitu:

  • Modenas Ninja ZX-4R SE (2026)
  • Modenas Ninja ZX-4RR(2026)

HARGA NINJA ZX-4

Setiap varian sportbike Modenas Ninja ZX-4 ditawarkan dengan harga badan tersendiri dan di Malaysia, perbezaan harga badan ialah RM2,000.

Di bawah ini ialah harga badan mengikut varian yang tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

  • Modenas Ninja ZX-4R SE (2026): RM40,999
  • Modenas Ninja ZX-4RR (2026): RM42,999

WARNA NINJA ZX-4

Untuk pasaran Malaysia, ada sejumlah tiga warna pilihan disediakan untuk model Ninja ZX-4R SE dan ZX-4RR. Ini adalah warna ditawarkan:

Ninja ZX-4R SE (2026)

  • Met Moondusty Gray / Met Spark Black (kelabu gelap hitam)
  • Blizzard White / Spark Black (putih hitam)

Ninja ZX-4RR (2026)

  • Lime Green /. Ebony (Hijau)

SPESIFIKASI KAWASAKI NINJA ZX-4 (MODENAS NINJA ZX-4)

Di bawah ini adalah spesifikasi penuh Kawasaki Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR

Modenas Ninja ZX-4R SEModenas Ninja ZX-4RR
Enjin4 silinder sebaris, DOHC, 16-injap4 silinder sebaris, DOHC, 16-injap
Kapasiti399cc399cc
Kuasa maksimum57kW @ 14,500rpm (76.4hp)

Dengan Ram-Air:
58.7kW (78.7hp)
57kW @ 14,500rpm (76.4hp)

Dengan Ram-Air:
58.7kW (78.7hp)
Tork maksimum39Nm @ 13,000rpm39Nm @ 13,000rpm
Bore x Stroke57mm x 39.1mm50mm x 31.8mm
Nisbah mampatan12.3 : 112.5 : 1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual6-kelajuan manual
Suspensi depanFork USD Showa SFF-BP 37mmFork USD Showa SFF-BP 37mm
Suspensi belakangMonoshock standard boleh laras

(horizontal back-link)
Monoshock Showa BFRC lite boleh laras
Tayar depan120/70 - 17120/70 - 17
Tayar belakang160/60 - 17160/60 - 17
Brek depanCakera berkembar 257mmCakera berkembar 257mm
Brek belakangCakera tunggal 186mmCakera tunggal 186mm
Panjang1,990mm1,990mm
Lebar765mm765mm
Tinggi1,110mm1,110mm
Jarak dari bumi135mm135mm
Jarak roda1,390mm1,390mm
Tinggi tempat duduk800mm800mm
Tangki minyak15 liter15 liter
Berat189kg189kg
Bonus- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Ada QuickShifter 2-hala (KQS)
- Klac Assist & Slipper
- Brek ABS depan-belakang
- Ada Traction Control (KTRC)
- Klac Assist & Slipper
- 4 mode tunggangan
- Meter TFT 4.3 inci berwarna.
- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Ada QuickShifter 2-hala (KQS)
- Klac Assist & Slipper
- Brek ABS depan-belakang
- Ada Traction Control (KTRC)
- Klac Assist & Slipper
- 4 mode tunggangan
- Meter TFT 4.3 inci berwarna.

GALERI GAMBAR MODENAS KAWASAKI NINJA ZX-4

Modenas Kawasaki Ninja ZX-4R SE

Modenas Kawasaki Ninja ZX-4R SE