QJMOTOR ATX 250 (2025) akan masuk pasaran Malaysia, harga badan dari RM12,988

QJMOTOR Malaysia mengumumkan tawarakn skuter keempat dalam rangkaian produk mereka iaitu siri ATX 250. Ada dua varian akan dijual di pasaran Malaysia iaitu ATX 250 (standard) dan ATX 250 X.

Artikel ini akan fokus kepada varian standard QJMOTOR ATX 250 manakala laporan untuk ATX 250 X akan dipamerkan di halaman ini: QJMOTOR ATX 250 X.

ATX 250 adalah produk skuter keempat selepas QJMOTOR Fort 350, QJMOTOR LTR150 dan QJMOTOR AX200 S.

senarai harga motosikal qjmotor srk 250 rd, srk 450 rr, qjmotor atx 250 dan atx 250 x

Harga badan yang diumumkan untuk skuter QJMOTOR ATX 250 ialah RM12,988 seunit tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Berikut ialah data teknikal untuk skuter QJMOTOR ATX 250:

SPESIFIKASI QJMOTOR ATX 250

  • Enjin satu silinder 250cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan kaedah pancitan bahan api.
  • Gerek x lejang: 70mm x 64.9mm
  • Kuasa maksimum: 24.8hp @ 6,500rpm
  • Tork puncak: 24Nm @ 6,500rpm
  • Kotak gear automatik CVT dengan pacuan tali sawat
  • Fork teleskopik konvensional dengan absober berkembar beserta sub-tank
  • Rim aloi depan 14 inci dengan tayar 110/80
  • Rim aloi belakang 13 inci, tayar 130/70
  • Brek cakera pada kedua-dua roda,
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, ada teknologi Sistem Brek ABS.
  • Panjang 1,990mm
  • Lebar 770mm
  • Tinggi 1,160mm
  • Jarak roda 1,360mm
  • Tinggi tempat duduk 780mm
  • Jarak bumi 120mm
  • Berat kasar 164kg
  • Tangki minyak 12 liter