Benelli Tornado 552R 2024 dilancarkan di pasaran China

Pasaran China baru-baru ini rasmi menerima pelancaran model sport bike terbaharu Benelli Tornado 552R 2024. Model tersebut tampil dengan empat pilihan warna, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak CNY 32,800.00, bersamaan nilai RM 21,367.52 mengikut kadar semasa. Kapasiti enjinnya 549cc (2-cylinder, 4-stroke, 8-valve) yang menghasilkan 60hp @ 8,500rpm dan 55Nm @ 6,000rpm.

Benelli Tornado 552R 2024 seterusnya dilengkapi fork depan terbalik Marzocchi, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan kaliper Brembo, ABS Dual Channel, Traction Control System (TCS), panel meter digital TFT, sistem lampu LED, dan tinggi pelana dengan dua pilihan 790 mm dan 810 mm. Untuk pasaran Malaysia, belum dapat dipastikan sama model ini akan turut dilancarkan.