GPX Malaysia kini dengan rasminya melancarkan model sport bike GPX Demon GR200R Da Corsa 2 2023, dengan harga asas sebanyak RM 12,588.00.
Berbanding GPX Demon GR200R SE 2022, versi terbaharu Da Corsa 2 ini tampil dengan skim warna Gray, Blue dan Black yang kelihatan lebih menarik dan sporty.
Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang ditawarkan pula dipercayai sama seperti mana model SE, bermakna perbezaan hanyalah tertumpu kepada penampilan visual sahaja.
Enjinnya bersesaran 198cc (liquid-cooled, SOHC, 4 valves ) dengan kuasa maksimum 22hp dan tork 19.2Nm, yang kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.
Spesifikasi menarik lainnya seperti kerangka trellis yang kukuh, fork depan USD, suspensi belakang YSS dengan ciri pelarasan prabeban, dan sistem brek cakera.
Selain itu ialah tangki bahan api 10.5 liter, tayar depan dan belakang bersaiz 100/80-17 dan 140/70-17, tinggi tempat duduk 815 mm, dan berat penuh hanya 155 kg.
GPX Demon GR200R Da Corsa 2 seterusnya dilengkapi sistem lampu LED sepenuhnya dan paparan panel meter digital dengan pelbagai informasi berguna.