Aveta VADV150 Hybrid 2023 tiba di pasaran Malaysia dengan sistem kamera depan dan belakang

Pada pertengahan bulan Mac 2023 yang lepas, Aveta Malaysia Sdn. Bhd. melancarkan model skuter terbaharu yang ditunggu-tunggu iaitu Aveta VADV150 Hybrid 2023.

Model berkenaan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby, dan boleh dimiliki dengan harga jualan asas sebanyak RM 13,980.00.

Enjinnya 149cc (4-injap, SOHC, sejukan cecair, hibrid) dengan transmisi automatik, dan menjana kuasa maksimum 16.2hp @ 8,500rpm dengan tork 14.6Nm @ 6,500rpm.

Di pasaran Malaysia, Aveta VADV150 Hybrid 2023 menjadi model skuter pertama yang dilengkapi dengan sistem kamera perakam, di bahagian depan dan belakangnya.

Pelbagai ciri-ciri menarik lain termasuklah tangki bahan api seluas 9.3 liter, sistem brek cakera dengan ABS, panel meter TFT 7.0 inci, sistem lampu LED, dan banyak lagi.

Aveta VADV150 Hybrid 2023 didatangkan dengan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan, bagi memberikan keyakinan mengenai tahap kualitinya.