Pada bulan Mac 2023 yang lepas, Modenas dengan rasminya telah melancarkan model kapcai Modenas Kriss 110 2023, yang kini didatangkan dengan skim warna baharu.
Model tersebut ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu dengan brek depan jenis dram dan dengan brek depan jenis cakera, termasuklah skim warna yang juga berbeza.
Harga jualan asas yang ditawarkan pula ialah sebanyak RM 3,917.00 untuk varian brek depan jenis dram, dan sebanyak RM 4,437.00 untuk varian brek depan jenis cakera.
Spesifikasi teknikal lain untuk kedua-dua varian Modenas Kriss 110 2023 adalah sama, antaranya dilengkapi enjin dalam sesaran 107cc dengan transmisi empat kelajuan.
Enjin itu masih dilengkapi sistem karburetor dan sistem penyejukan jenis udara. Jumlah kuasa maksimum mencapai 6.57hp @ 8,000rpm dengan tork 6.7Nm @ 6,000rpm.
Turut melengkapi ialah tangki bahan api 4.2 liter, panel meter dengan paparan gear dan penunjuk minyak digital, suis lampu kecemasan, pengecas USB, dan storan 6.6 liter.
Di pasaran tempatan pada ketika ini, Modenas Kriss 110 2023 merupakan antara model kapcai yang ditawarkan dengan harga jualan asas yang berpatutan dan mampu milik.
Galeri : Modenas Kriss 110 2023 (varian brek depan jenis dram)
Galeri : Modenas Kriss 110 2023 (varian brek depan jenis cakera)