Untuk pasaran Thailand, model kapcai Suzuki Smash 115 FI 2023 kini dengan rasminya tampil dengan empat pilihan warna terbaharu yang lebih sporty dan lebih segar.
Keempat-empat pilihan warna terbaharu dengan corak grafik yang menarik itu diberikan nama Onyx / Alpha Red, Ultimate Gray, White / Burgundy dan Stellar Blue / Silver.
Spesifikasi teknikal pula didapati masih sama seperti mana model keluaran tahun 2021 yang dilancarkan sebelum ini, termasuklah enjin 112.8cc dengan transmisi 4-kelajuan.
Spesifikasi lain ialah seperti tangki petrol 3.7 liter, brek cakera depan, sistem kunci yang lebih selamat (2-layer safety key), dan ruang storan yang luas di bawah tempat duduk.
Antara kelebihan Suzuki Smash 115 FI 2023 ini ialah tahap ekonomi bahan apinya yang mampu mencapai jarak perjalanan 66.7 km bagi setiap liter petrol yang digunakan.
Dari segi reka bentuk keseluruhan, model kapcai berkenaan dirasakan sesuai jika ianya dilancarkan di pasaran Malaysia. Namun setakat ini belum ada berita mengenainya.