Pengeluar motosikal ternama dari China iaitu CFMOTO baru-baru ini telah menyiarkan gambar-gambar studio untuk model terbaharu keluarannya iaitu CFMOTO 250SR Track Edition 2022, dalam resolusi tinggi dan jelas. Setelah gambar-gambar itu diedit semula, anda boleh lihat hasilnya seperti mana paparan di dalam galeri yang tersedia di bawah.
Berdasarkan gambar-gambar itu, CFMOTO 250SR Track Edition tampil dengan pilihan dua skim warna yang menarik, khusus untuk pasaran China. Enjinnya pula bersesaran 249cc (4 stroke, single cylinder, liquid cooled, DOHC) dengan padanan transmisi enam kelajuan, dan menghasilkan 28.83hp @ 9,750rpm dengan tork 22.5Nm @ 7,500rpm.
Maklumat lain mengenai model sports ini antaranya ialah tangki bahan api 12 liter, fork depan upside down berwarna emas, suspensi belakang mono buatan KYB, brek cakera depan 292 mm dan belakang 240 mm dengan ABS, paparan digital TFT 5.0 inci dengan sistem T-BOX generasi kedua, sistem lampu LED, carbon winglet dan juga single arm.
Seterusnya, CFMOTO 250SR Track Edition 2022 turut dilengkapi dua mod tunggangan Sport dan Eco, tayar depan dan belakang yang masing-masing berukuran 110/70-R17 dan 140/60-R17, tinggi tempat duduk 780 mm, dan berat hanya 157 kg. Untuk pasaran Malaysia, adakah mungkin model ini akan turut dilancarkan pada masa akan datang?