Honda RSX 2022 kini tampil lebih sporty dengan cover set lengkap milik Honda Winner X V3 2022

Semua pemilik Honda RSX 2022 di pasaran Malaysia pada ketika ini pastinya gembira, kerana cover set lengkap milik Honda Winner X V3 2022 kini mudah didapati di pasaran Malaysia. Antara pihak yang menawarkannya ialah SPD RACING yang kini beroperasi di alamat No. 42, Lorong Tangling Indah 3, Taman Tangling, Simpang Ampat, P. Pinang.

Honda Winner X V3 sebelum ini dilancarkan di pasaran Vietnam pada bulan Disember 2021 yang lalu. Berbanding Honda RSX, Winner X V3 tampil lebih sporty dengan cover set serba baharu, termasuk lampu signal depan jenis terbina dalam yang lebih praktikal. Ciri-ciri lain termasuklah Honda Smart Key, port pengecas USB dan rantai jenis O-ring.

Untuk pasaran Malaysia, semua ciri-ciri terbaharu yang diperkenalkan untuk Winner X V3 di pasaran Vietnam itu dijangka akan turut diperkenalkan pada tahun depan, melalui model Honda RSX V2 2023 atau 2024. Untuk pemilik RSX yang tidak mahu menunggu, cara paling mudah ialah dengan menukar cover set sedia ada kepada Winner X V3.

Untuk mengetahui harga jualan cover set Honda Winner X V3, termasuk Honda Smart Key jika anda berminat, anda boleh terus menghubungi SPD Racing untuk maklumat lebih lanjut. Untuk melihat contoh hasil kerja mereka pula, anda boleh saksikan model-model Honda RSX versi Honda Winner X V3, dalam galeri yang disediakan di bawah.