Syarikat pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. pada hari ini secara rasminya melancarkan sebuah model moped terbaharu, yang dikenali dengan nama Aveta V-13R 2021. Model tersebut ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik, dengan harga jualan asas yang cukup berpatutan iaitu sebanyak RM 6,688.00 sahaja.
Aveta V-13R 2021 ini dikuasakan dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 124cc (single cylinder, air cooled, carburetor), dengan padanan transmisi empat kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai 7.8hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 8.5Nm @ 5,500rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti penuh 4.5 liter.
Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi model tersebut termasuklah sistem lampu LED dengan lampu depan jenis Daytime Running Light (DRL), panel meter baharu dengan reka bentuk yang menarik, port pengecas USB, brek cakera depan dengan kaliper dual piston, rim aloi yang bergaya, rekaan muffler ekzos terbaharu dan ekor belakang yang sporty.
Untuk ketenangan minda pemiliknya, Aveta V-13R 2021 ini didatangkan dengan tempoh jaminan selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km, yang mana tiba dahulu. Menurut Aveta, model tersebut akan tiba di bilik pameran pengedarnya di seluruh negara bermula pada tarikh 20hb. November 2021 akan datang. Adakah ianya bakal menjadi milik anda?