Yamaha RX-Z 135 model tahun 1986

Menurut Yamaha Motor Co, Ltd., ini merupakan model Yamaha RX-Z 135 keluaran tahun 1986. Tidak pasti ianya untuk pasaran negara mana, kerana model ini tidak dilengkapi brek depan jenis cakera, sebaliknya hanya dilengkapi brek jenis gelendong.

Yamaha RX-Z 135 model tahun 1986 ini juga dipercayai masih dilengkapi kotak gear lima kelajuan, menjadikannya antara model terawal sebelum digantikan dengan model generasi seterusnya dengan kelengkapan kotak gear enam kelajuan.

Baru-baru ini pasaran dunia permotoran tanah air dikejutkan dengan penawaran sebuah model Yamaha RX-Z pada harga RM 70,000.00. Harga tersebut diakui terlalu tinggi untuk sebuah model terpakai yang masih banyak di pasaran ketika ini.

Bagaimanapun menurut pemiliknya, model tersebut telah menggunakan banyak komponen baru yang berharga mahal, menjadikannya seolah-seolah sebagai sebuah model bertaraf NOS (New Old Stock) yang sememangnya sukar dicari.

(Visited 256 times, 1 visits today)