MV Agusta Superveloce 800 model tahun 2020

Untuk peminat jentera dalam segmen supersport, MV Agusta memperkenalkan model baharu Superveloce 800 model tahun 2020 dengan enjin 798cc tiga silinder yang menghamburkan kuasa maksimum 148hp @ 13,000rpm dengan tork 88Nm @ 10,600rpm. Angka tersebut sudah cukup untuknya memecut sehingga 240 km/j.

Melalui pakej elektronik MVICS (Motor & Vehicle Integrated Control System), Superveloce 800 menawarkan mod tunggangan dan kawalan traksi, dan tidak dilupakan kehadiran sistem MV EAS 2.1 (Electronically Assisted Shift Up & Down). Berat motosikal yang bergaya klasik dan kontemporari ini ialah 173 kg (dry weight), dengan tangki bahan api maksimum 16.5 liter dan ketinggian tempat duduk 830mm.

Paling menarik sudah tentu rekabentuk lampu depan dan belakangnya yang unik dan menampilkan kelainan berbanding model-model lain di dalam segmennya. Walaupun bercirikan jentera perlumbaan, Superveloce 800 sesuai untuk tunggangan harian. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Eropah berjumlah sebanyak 19,990 Euro.

(Visited 90 times, 1 visits today)