Syarikat pengeluar motosikal dari China iaitu Zhejiang Qianjiang Motorcycle Co., Ltd. kini dikatakan bakal melancarkan sebuah model motosikal adventure terbaharu dengan enjin 650cc V-Twin. Maklumat berkenaan telah terdedah baru-baru ini melalui lakaran imej dan pendaftaran paten yang dilakukan oleh syarikat induk kepada QJ Motor dan Benelli itu.
Tag: Benelli
Benelli Tornado 252R 2021 dilancarkan untuk pasaran China, enjin 249cc dua silinder, harga bersamaan RM 16,629.33
Dalam bulan April 2021 yang lalu, Benelli telah melancarkan model sport bike terbaharu Benelli Tornado 302R 2021 untuk pasaran China. Dan kini pada kelmarin, Benelli telah melancarkan varian model yang hampir serupa iaitu Benelli Tornado 252R 2021 khusus untuk pasaran China, yang kini dilengkapi sesaran enjin yang lebih kecil iaitu 249cc.
Benelli 180S 2021 di pasaran Filipina, harga RM 10,974.43
Salah sebuah model motosikal menarik dan sporty keluaran Benelli yang ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Benelli 150S. Bagaimanapun untuk pasaran luar negara, model tersebut boleh didapati dalam versi dengan kapasiti enjin yang lebih besar, iaitu Benelli 180S. Baru-baru ini, pasaran Filipina baru saja menerima kehadiran model naked itu.
Benelli TNT 600 2021 dilancarkan di pasaran China, kini tampil dengan versi kemaskini terbaharu lebih sporty
Pada penghujung bulan April 2021 yang lepas, Benelli telah melancarkan model naked terbaharu Benelli TNT 600 2021 untuk pasaran China. Model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 600cc (in-line four-cylinder, four stroke) dengan kotak gear 6-kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 80hp @ 11,000rpm dengan tork 55Nm @ 8,000rpm.
Benelli Leoncino Neo Classic 2021 di pasaran Thailand
Untuk pasaran Thailand, Benelli telah menawarkan model istimewa Benelli Leoncino Neo Classic 2021, yang tampil dengan skim warna dan jalur grafik yang lebih menarik. Dua versi ditawarkan untuk model tersebut iaitu Standard dan Trail, yang mana kedua-duanya dibezakan melalui penggunaan jenis tayar, pilihan warna dan sistem brek.
Benelli Tornado 302R 2021 – adakah ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia?
Benelli dalam bulan April 2021 yang lepas secara rasminya telah melancarkan model sport bike terbaharu Benelli Tornado 302R 2021. Buat masa ini model sporty itu hanya ditawarkan di pasaran China, dan selepas itu ianya dijangka akan masuk ke pasaran global yang lain. Untuk pasaran Malaysia, adakah model ini akan turut dilancarkan?






