
Modenas mengumumkan skuter Kymco Xciting VS 400 akan dijual di Malaysia dengan harga RM27,988 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Modenas dalam satu kenyataan menyatakan skuter ini tergolong dalam kategori maxi sport touring dan ada dua warna pilihan disediakan iaitu biru (Cerulean Blue) dan hitam (Flat Black).

Jaminan diberi masih dua tahun dengan had perbatuan 20,000km. Di bawah ini adalah perincian skuter Kymco Xciting VS 400:
- Enjin satu silinder 399.6cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 24.9kW (33.4hp) @ 7,250rpm
- Tork 37.5Nm @ 5,750rpm
- Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat
- Tangki minyak 12.5 liter
- Meter LCD berwarna
- Ruang simpanan bawah pelana 29 liter, boleh muatkan satu topi keledar
- Lampu pencahayaan LED penuh depan dan belakang
- Fork teleskopik dengan absober berkembar boleh laras 5 tahap prabeban
- Rim depan 15 inci dengan tayar 120/70, rim belakang 14 inci tayar 150/70
- Brek cakera depan jenis berkembar, belakang cakera tunggal
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- Panjang 2,190mm
- Lebar 799mm
- Tinggi 1,389mm
- Jarak roda 1,570mm
- Tinggi pelana 805mm
- Berat kasar 213kg
















