Falcon 205 bakal sertai keluarga skuter WMOTO Malaysia, pencabar SYM Husky 200?

Ini satu lagi skuter menarik ditempatkan di ruang pameran WMOTO semasa Mforce MotoXperience 2026. Nama model ini Euro Motor Falcon 205.

Kalau tak silap, Falcon 205 pernah dipamerkan di Filipina sebagai model konsep. Di pasaran sana, mereka sudah ada model Falcon 180i.

Euro Motor Falcon 205 dibawa ke Malaysia dan menjadi antara produk yang mungkin dilancarkan tidak lama lagi.

Belum ada data spesifikasi rasmi untuk Falcon 205 namun, sumber kami memberitahu skuter adventure ini akan menggunakan enjin sama seperti WMOTO Griffin 205. Kalau ada perbezaan, mungkin kecil disebabkan talaan berbeza.

Galeri Foto WMOTO ‘Falcon 205’