Ini 3 warna baharu Yamaha YZF-R3 dan Yamaha YZF-R25 edisi 2026 di Jepun

Yamaha Motor Co. di Jepun (Yamaha Jepun) mengumumkan tiga warna pilihan baharu untuk sportbike Yamaha YZF-R3 ABS dan Yamaha YZF-R25 ABS edisi 2026.

Dua varian iaitu R3 dan R25 akan ditawarkan dengan warna biru, hitam dan hijau lembut di Jepun mulai 28 Mei 2026.

Aspek teknikal dan ciri adalah sama seperti model sekarang. Perubahan hanya membabitkan warna badan sahaja. Harga pun kekal, tak ada peningkatan.

Sebelum terlupa, ada satu lagi warna sedia ada sedang dijual sejak 27 Februari 2026 dengan kuantiti terhad di Jepun ialah skim merah putih 70th Anniversary Color.

Jumlah keseluruhan warna ialah empat seperti di bawah ini:

Ini dianggap sebagai warna paling unik tahun 2026 iaitu hijau mint (Pale Blueish Green Solid 2) yang menggantikan warna matte pearl white sebelum ini.

Black Metallic

  • Warna serba hitam jenis berkilat pada keseluruhan motosikal menggantikan warna hitam matte sebelum ini.

Deep Purplish Blue Metallic C

  • Model R3 dan R25 kini menerima warna biru yang digunakan siri lain dalam keluarga YZF-R (2026).

White Metallic

  • Ini adalah skim warna 70th Anniversary yang diperkenalkan pada 27 Februari 2026 untuk model R3 dan R25 di Jepun.

Harga Yamaha R3 dan R25 (2026)

  • YZF-R3: 726,000 yen (anggaran RM17,789)
  • YZF-R25: 690,800 yen (anggaran RM16,926)

GALERI GAMBAR