MForce akan lancar 2 supermoped baharu tahun 2027, ada versi 150cc auto clutch?

mforce supermoped 185cc 150cc auto clutch

Perang supermoped dijangka lebih sengit bermula tahun depan.

Sebabnya, bukan satu tetapi dua model supermoped baharu akan ditawarkan MForce Bike Holdings (MForce) pada tahun 2027.

Maklumat terbaharu kru kami terima ialah dua model supermoped MForce itu akan menggunakan enjin berkapasiti 185cc dan 150cc.

Apa yang menarik perhatian ialah kapcai kelas 150cc akan menggunakan sistem auto klac. Kedua-dua supermoped ini akan menggunakan satu label jenama sama.

Jika anda tonton tayang video produk akan datang (future product) MForce, mereka sebenarnya ada mendedahkan satu projek motosikal serba putih yang masih dalam pembangunan.

Itu adalah model supermoped 185cc dan bakal diperkenalkan terlebih dahulu pada tahun 2027 dan akan disusuli dengan versi 150cc auto klac enam bulan kemudiannya.

Jika semua berjalan lancar, MForce akan mempertaruhkan dua model supermoped baharu untuk tahun 2027.

Antara maklumat yang kami tahu ialah model supermoped 185cc akan dilengkapi sistem transmisi klac manual 6 kelajuan dengan klac Assist & Slipper, meter TFT (boleh sambung dengan telefon?), kamera dashcam, tangki minyak 7.5 liter, output kuasa hampir 20hp, sistem ABS depan belakang……

Untuk supermoped 150cc pula, besar kemungkinan sistem transmisinya 5 kelajuan, ada ABS, tangki minyak 7 liter, meter TFT dengan sambungan kamera dashcam?

Kami dimaklumkan MForce terlibat sepenuhnya dalam kedua-dua projek supermoped ini dan membuat pelaburan sebanyak RM20 juta. Lakaran model dihasilkan sendiri pihak MForce untuk dua model berkenaan.