
Selain varian skuter standard ATX 250, QJMOTOR Malaysia juga akan menawarkan satu varian lagi tetapi imejnya lebih berjiwa adventure. Model ini dinamakan QJMOTOR ATX 250 X.
QJMOTOR ATX 250 X ada beberapa perbezaan dengan skuter adventure standard ATX 250 aitu menggunakan rim jenis spokes, fork terbalik USD (upside down) dan dilengkapi kotak simpanan atas.

Perbezaan juga membabitkan aspek harga badan iaitu ATX 250 X ditawarkan dengan harga RM13,988 iaitu RM1,000 lebih mahal berbanding QJMOTOR ATX 250 (RM12,988).
Aspek spesifikasi kekal sama tanpa perubahan seperti berikut:
SPESIFIKASI QJMOTOR ATX 250 X
- Enjin satu silinder 250cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan kaedah pancitan bahan api.
- Gerek x lejang: 70mm x 64.9mm
- Kuasa maksimum: 24.8hp @ 6,500rpm
- Tork puncak: 24Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear automatik CVT dengan pacuan tali sawat
- Fork teleskopik konvensional dengan absober berkembar beserta sub-tank
- Rim aloi depan 14 inci dengan tayar 110/80
- Rim aloi belakang 13 inci, tayar 130/70
- Brek cakera pada kedua-dua roda,
- Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, ada teknologi Sistem Brek ABS.
- Panjang 1,990mm
- Lebar 770mm
- Tinggi 1,160mm
- Jarak roda 1,360mm
- Tinggi tempat duduk 780mm
- Jarak bumi 120mm
- Berat kasar 164kg
- Tangki minyak 12 liter













