
Motosikal roadster BENDA P51 Concept yang pernah kami laporkan sebelum ini ada dipamerkan di Hotel Sheraton di Taizhou, wilayah Zhejiang di China sempena Majlis Sambutan MForce Top 68 Dealer’s Award baru-baru ini.
Motosikal hibrid itu ada membuat penampilan di Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor Show) sebelum diterbangkan ke Itali untuk Pameran Motor Milan (EICMA) 2025.

Boleh dikatakan motosikal yang sempat kru kami melihat secara dekat di China itu tidak banyak beza dengan gambar lakaran yang pernah bocor sebelum ini.
Ada beberapa maklumat mengenai spesifikasi roadster itu dipamerkan bersama BENDA P51 iaitu:
- Dilabel sebagai naked bike 250cc paling berkuasa di Bumi
- Masa pecutan ke 100kmj hanya 3.7 saat
- Memiliki daya tork setinggi 100Nm
- Kuasa maksimum trenkuasa ialah 46kW
- Rekaan neo-retro dengan teknologi termaju hibrid
Ciri yang paling menarik pada model ini ialah penggunaan enjin jenis boxer hibrid, gabungan enjin konvensional 250cc dengan seunit motor elektrik.
Pacuan akhir jenis rantai dan spoket. Bentuk swingarm nampak unik dan ekzos nampak seperti ditempatkan di sebelah monoshock.
Pemijak kaki pembonceng jenis lipat ke dalam. Gambar bawah (kiri) menunjukkan pemijak kaki pembonceng manakala dalam gambar kanan, pemijak kaki disimpan semula.
Nampak macam ada satu suis menarik di konsol kiri. Suis naik turun ketinggian motosikal dengan menekan butang.
Difahamkan, motosikal konsep ini menggunakan kad NFC sebagai kunci motosikal. Cumanya, motosikal konsep itu tidak dihidupkan enjin untuk tontonan orang ramai.
GALERI GAMBAR BENDA P51 CONCEPT









































