Perbandingan: Apa beza Moto Morini Corsaro naked dan Moto Morini Corsaro Sport?

moto morini corsaro naked dan sport version 2025

Selepas mendedahkan model sportbike Moto Morini Corsaro Sport, kini tiba giliran untuk memperkenalkan model naked bike dari keluarga sama.

Model ini dipanggil Moto Morini Corsaro yang didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Red (merah) dan Black (hitam).

Model Moto Morini Corsaro ini banyak berkongsi komponen dengan model sport dalam keluarga sama dan perbezaannya tidak begitu signifikan atau besar.

Foto bawah ini menunjukkan perbandingan dua model itu dari arah sisi, depan dan belakang:

 

Secara jelas, perbezaan paling ketara dari arah sisi sudah tentunya aspek panel fairing, diikuti dengan peredam sistem ekzos dan penutup pelana pembonceng.

moto morini corsaro sport vs corsaro naked - 1

Kalau dilihat dari arah depan, perbezaan paling ketara ialah set lampu depan, lampu DRL LED, cermin sisi dan bentuk bar hendal.

moto morini corsaro sport vs corsaro naked - 1Bahagian belakang tidak menunjukkan perbezaan ketara melainkan sistem ekzos dan penutup kerusi pembonceng.

Berhubung aspek teknikal atau spesifikasi model Moto Morini Corsaro, ia hanya memiliki perbezaan dari sudut saiz motosikal. Berikut ialah spesifikasinya:

SPESIFIKASI MOTO MORINI CORSARO

  • Enjin jenis V-Twin 90° berkapasiti 749cc dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan cecair.
  • Gerek x lejang: 90mm x 58,9mm
  • Nisbah mampatan: 13:1
  • Kuasa maksimum: 70.5kW (96hp)
  • Tork maksimum: 77Nm @ 7,500rpm
  • Kelajuan maksimum: lebih 210km/j
  • Frem aluminimum dan keluli komposit
  • Swingarm jenis aluminium
  • Brek depan cakera berkembar 320mm, kaliper monoblok Brembo
  • Brek belakang cakera tunggal 220mm, kaliper Brembo
  • Fork depan USD boleh laras sepenuhnya
  • Absober belakang monoshock
  • Tayar depan: 120/70-R17
  • Tayar belakang: 190/55-R17
  • Panjang: 2,170mm
  • Lebar: 855mm (Sport: 780mm)
  • Tinggi: 1,250mm (Sport: 1,140mm)
  • Jarak roda: 1,462mm
  • Tinggi pelana: 820mm (Sport: 840mm)
  • Berat: bawah 200kg