KTM 890 Adventure R 2021 diperkenalkan, versi Rally terhad 700 unit

KTM memperkenalkan model terbaharu KTM 890 Adventure R 2021, bersama-sama versi edisi terhad KTM 890 Adventure R Rally 2021. Versi Rally hanya dikeluarkan dalam jumlah 700 unit sahaja, termasuk 200 unit daripadanya untuk pasaran USA.

Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin parallel-twin bersesaran 899cc, tambahan sebanyak 90cc berbanding model terdahulu KTM 790 Adventure. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin bertaraf Euro 5 itu mencapai 105hp @ 8,000rpm dengan tork puncak 100Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut dipadankan kotak gear enam kelajuan.

Bagi disesuaikan dengan jumlah keluaran kuasa yang lebih tinggi, sistem klac kini telah diperkuatkan (reinforced clutch), di samping penambahbaikan untuk sistem ABS dan Traction Control. Sistem quick shifter juga turut tersedia sebagai pilihan (optional).

Perubahan baharu lain turut merangkumi bahagian kerangka yang dinaik taraf (with aluminum steering head tube & lighter subframe), suis kawalan baharu pada handlebar untuk fungsi Cruise Control, dilengkapi sistem suspensi WP XPLOR dengan ciri boleh laras sepenuhnya dan sistem brek yang telah dipertingkatkan kemampuannya.

Berbanding versi standard, KTM 890 Adventure R Rally hadir dengan enjin dan sistem elektronik yang dikemaskini, mod tunggangan Rally, quick shifter, sistem suspensi WP XPLOR Pro Components Suspension, ekzos Akrapovic (35% lebih ringan berbanding ekzos standard) dan tempat duduk perlumbaan jenis rata dengan ketinggian 910 mm.

KTM 890 Adventure R Rally juga mempunyai perbezaan di bahagian roda (narrow anodized wheel rims with tubes), termasuk dilengkapi skrin winglet lut sinar, pelindung tangki serat karbon (carbon fiber tank protectors), pemijak kaki Rally (Rally footrests), serta skim warna dan grafik perlumbaan yang lebih menyerlah dan agresif.

Untuk pasaran Eropah, pra-tempahan untuk KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally telah bermula pada 06hb. Oktober 2020 baru-baru ini, manakala pra-tempahan di pasaran USA dan Canada akan bermula pada tarikh 02hb. November 2020.

Galeri : KTM 890 Adventure R 2021

Galeri : KTM 890 Adventure R Rally 2021

(Visited 52 times, 1 visits today)