Zontes 368E V2 (2026): Apa anda perlu tahu tentang skuter V2 terbaharu dari Zontes Malaysia

Zontes Malaysia ada membawa, menunjukkan dan mengumumkan pembukaan tempahan awal untuk dua model skuter terbaharu mereka semasa Malaysia Autoshow 2025.

Malah Zontes Malaysia juga mendedahkan kedua-dua skuter itu akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember 2025. Namun….. itu tidak berlaku.

Dua model skuter yang kami ceritakan ini ialah Zontes 368D V1 dan Zontes 368E V1.

Kemasukan skuter Zontes 368D dan 368E ke pasaran Malaysia kemudiannya ditangguh lagi sehingga bulan Mac 2026.

Sebabnya… Zontes Malaysia mahu memperkenalkan terus model terbaharu skuter 368D V2 dan 368E V2.

Dalam artikel ini, kami akan fokus kepada skuter Zontes 368E V2. Cerita mengenai Zontes 368D V2 sudah kami siarkan semalam.

Berapa Harga Badan Zontes 368E V2 (2026)?

Zontes Malaysia mengumumkan harga badan Zontes 368E V2 sebanyak RM25,800 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Berapa Warna Pilihan Zontes 368E V2 (2026)?

Ada dua warna pilihan Zontes 368E V2 (2026) iaitu kelabu dan hitam.

Ini Senarai Ciri Naik Taraf Zontes 368E V2 (2026)

  • Reka bentuk dikatakan ada perubahan.
  • Enjin dan sistem transmisi semua varian Zontes 368 V2 adalah sama. Satu enjin sama dikongsi keluarga Zontes 368 edisi 2026.

  • Menggunakan sistem dwi-penyejukan iaitu cecair dan penyejukan minyak enjin. Naik taraf sistem penyejukan ini mengubah jadual servis menjadi setiap 6,000km berbanding 4,000km sebelum ini.
  • Sistem fork USD dan absober belakang boleh laras prabeban adalah sama seperti varian Zontes 368D V2.
  • Sama seperti siri 368 V2, varian ini juga didatangkan dengan Kawalan Jelajah (Cruise Control), Kawalan Cengkaman (Traction Control). V1 tiada Cruise Control.
  • Instrumen meter sama seperti varian 368 V2 yang lain iaitu berukuran 6.75 inci TFT berwarna dengan 4 tema pilihan (termasuk paparan navigasi).
  • Ciri lain dikongsi bersama siri 368 V2 ialah konsol butang kawalan kiri dan kanan dan muffler ekzos.

  • Zontes 368E V2 mendapat rekaan semula tempat duduk. Sekarang ada sokongan lumbar.
  • Tempat duduk juga ada ciri pemanas untuk pelana depan. Maaf…tiada ciri pemanas untuk pembonceng.
  • Ada tiga tahap pemanas pelana penunggang iaitu high, medium dan low. Suhu paling tinggi adalah 42º Celsius.

  • Ada juga pemanas grip dengan tiga tahap pilihan (high, medium dan low) dan boleh sampai sehingga 60º Celsius.
  • Ada kamera dashcam depan belakang jenis HD penuh 1080p, wide angle 140º dengan 128gb memori penstoran.
  • Muffler ekzos rekaan baharu macam model 368D V2.
  • Berat didakwa turun 15kg berbanding model sebelumnya.