KTNS kembali ke pasaran Malaysia dengan model KTNS TT Classic 150 (2026)

KTNS TT Classic 150 lancar di Malaysia dengan harga RM6,888

Selepas ‘ghaib’ kira-kira lima tahun, jenama KTNS membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia dengan model pertama mereka iaitu KTNS TT Classic 150 (2026).

Motosikal gaya scrambler itu diperkenalkan dengan harga badan RM6,888 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ada tiga warna iaitu Dark Gold, Matt Black dan Matt Grey ditawarkan sebagai pilihan kepada pengguna tempatan.

Ciri Menarik KTNS TT Classic 150 (2026)

Antara ciri yang menjadikan motosikal gaya scrambler ini nampak lebih menarik ialah:

  • Reka bentuk kekal klasik tapi mengguna pakai komponen moden
  • Sistem pencahayaan LED penuh siap ada lampu nyalaan siang (DRL)
  • Ada lampu kecemasan (Hazard Lights)
  • Tempat duduk menggunakan material anti-gelincir
  • Ada pad pelindung tangki minyak
  • Ada bar pelindung enjin dengan slider frem
  • Meter bentuk bulat dengan paparan digital LCD

Spesifikasi KTNS TT Classic 150 (2026)

KTNS TT Classic 150 (2026) Malaysia
Enjin1 silinder, 4-lejang
Kapasiti150cc
Kuasa maksimum10.5hp @ 7,500rpm
(7.8kW)
Tork maksimum11.5Nm @ 5,500rpm
Bore x Stroke57.3mm x 57.9mm
Nisbah mampatan9.1 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan udara
Kotak gear5 kelajuan klac manual
Suspensi depanFork teleskopik
Suspensi belakangMonoshock boleh laras
Tayar depan110/90 - 18
Tayar belakang120/90 - 17
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang2,180mm
Lebar918mm
Tinggi1,160mm
Jarak dari bumi300mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk840mm
Tangki minyak11 liter
Berat130kg
Bonus- Lampu LED
- Meter digital

Galeri Gambar KTNS TT Classic 150 (2026)