PETRONAS Sprinta tawar hadiah skuter ADV, supermoped, kapcai, topi keledar ARC & baucar

PETRONAS Sprinta

Anda pengguna minyak pelincir PETRONAS Sprinta?

Jika ya, ini satu peraduan yang anda harus sertai kerana ada pelbagai hadiah disediakan untuk dibawa pulang, termasuk beberapa model motosikal dan skuter popular.

Peraduan ini dipanggil Peraduan PETRONAS Sprinta 40 Tahun. Mari kita tengok hadiah apa yang disediakan untuk dimenangi:

BOLEH MENANG HADIAH APA?

Setiap bulan sepanjang Februari dan Mac, peserta bertuah akan memenangi:

  • Yamaha 135LC V8
  • Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
  • Baucer Setel pelbagai nilai (sehingga RM1,000)

ADA LAGI CABUTAN AKHIR, LEBIH MEWAH

Cabutan Akhir akan berlangsung pada Mei 2026 dan menawarkan tiga hadiah utama untuk peserta yang bertuah:

  • Hadiah Utama – SYM ADXTG400 + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
  • Hadiah Kedua – Zontes 368G + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
  • Hadiah Ketiga – Yamaha Y16ZR + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta

PERADUAN SEMPENA APA?

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dalam satu kenyataan menjelaskan:

“Pelancaran Peraduan PETRONAS Sprinta 40 Tahun, sebuah kempen Raikan Legasi 40 Tahun istimewa bersempena penutup kepada ulang tahun ke40 jenama minyak enjin motosikal terkemuka negara, PETRONAS Sprinta.”

BILA KEMPEN TAMAT?

Kempen akan berlangsung dari 1 Februari sehingga 30 April 2026.

Tujuan kempen diadakan adalah sebagai cara penghargaan pengguna-pengguna setia minyak pelincir PETRONAS Sprinta.

INI CARA SERTAI PERADUAN PETRONAS SPRINTA

Pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah berikut:

  • Beli satu botol PETRONAS Sprinta sintetik (sintetik penuh atau semi sintetik) untuk menerima satu penyertaan peraduan.
  • Imbas kod QR yang dipamerkan pada poster atau bahan promosi.
  • Lengkapkan eborang di portal MyMesra dan muat naik resit pembelian.

Produk yang layak meliputi siri sintetik PETRONAS Sprinta adalah seperti berikut:

  • Fully synthetic series: Racing with Ester, A900, F900, F900HD, T900
  • Semi synthetic series: A700, F700, T500

BELI DI MANA?

  • Kedai-kedai rasmi atas talian PETRONAS Shop (Setel, Shopee & TikTok)
  • Kedai-kedai Mesra di stesen PETRONAS
  • Bengkel-bengkel PETRONAS MotoExpert
  • Bengkel-bengkel motosikal PETRONAS Sprinta yang mengambil bahagian (ada poster peraduan)

TERMA & SYARAT?

Anda boleh rujuk terma & syarat penuh serta pengumuman pemenang di laman web: www.mymesra.com.my