
Satu pakej serba lengkap tapi harga tak masuk akal.
Itu gambaran yang boleh diberikan kepada motosikal sport terbaharu QJMOTOR SRK 450RR, baru sahaja memasuki kedai-kedai motosikal di seluruh negara.
QJMOTOR SRK 450 RR ini adalah sportbike pertengahan dengan konfigurasi enjin 4-silinder sebaris yang ditawarkan pada harga badan serendah RM25,888!
Tag harga itu sudah tentu membuka peluang kepada lebih ramai pengguna motosikal untuk menzahirkan impian mereka menaik taraf motosikal sedia ada kepada sportbike 4-silinder tanpa perlu membayar suatu harga tinggi.
Seperti kita ketahui, QJMOTOR SRK 450 RR adalah pencabar kepada model Modenas-Kawasaki Ninja ZX-4R SE dan ZX-4RR yang baru memasuki pasaran kira-kira dua minggu lalu.
SENARAI PERBANDINGAN HARGA
- QJMOTOR SRK 450 RR: RM25,888
- Ninja ZX-4R SE: RM40,999
- Ninja ZX-4RR: RM42,999
Poin kedua yang menjadikan QJMOTOR SRK 450 RR ada kelebihan tersendiri ialah pakej teknologi dan ciri moden yang ada pada jentera tersebut. Ini termasuk ciri bantuan tunggangan moden seperti Kawalan Cengkaman (TCS), akses sambungan telefon pintar, soket USB, kemudahan navigasi dan kamera perakam untuk tujuan keselamatan.
BELANJA BUNYI QJMOTOR SRK 450 RR
SPESIFIKASI QJMOTOR SRK 450 RR
- Tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan kelabu
- Enjin 4-silinder sebaris 421cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan sistem suntikan bahan api.
- Gerek x lejang: 57mm x 41.2mm
- Kuasa maksimum: 57kW (76.4hp) @ 14,000rpm
- Tork puncak 39Nm @ 13,000rpm
- Kotak gear 6-kelajuan klac manual
- Fork depan jenis teleskopik terbalik (USD) dan belakang menggunakan absober tunggal (monoshock)
- Brek depan jenis cakera berkembar 300mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Brek belakang cakera tunggal 240mm, ada juga ABS
- Saiz tayar depan: 120/70 ZR16
- Saiz tayar belakang 160/70 ZR16
- Berat kering 176kg
- Tinggi tempat duduk 808mm
- Panjang 2,020mm
- Lebar 755mm
- Jarak roda 1,385mm
- Jarak bumi 150mm
- Tangki minyak 16.5 liter
- Ada kamera dashcam depan-belakang
- Ada winglet
- Ada soket USB Type-A dan Type-C
- Meter TFT berwarna
- Sistem pencahayaan LED penuh, ada lampu siang DRL
- Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyah aktif
- Kamera dashcam depan dan belakang
- Action Camera Control
- TPMS
- Winglet
- Dua mod tunggangan (Normal dan Sport) dan Launch Control
- Ada sambungan Bluetooth, Carbit Ride, Screen Mirroring Android dan iOS serta sistem navigasi terbina



























