
Benda Rock 707 ialah salah satu daripada tiga model baharu yang diperkenalkan BENDA semasa penganjuran Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025 di Itali.
Apa yang membuatkan Benda Rock 707 ini nampak lebih menarik sebagai motosikal cruiser yang menarik ialah model ini menggunakan sistem suspensi angin di belakang dan klac elektronik yang dinamakan Benda Electronic Clutch (BEC) MK-II.
BEC MK-II ini boleh diibaratkan sepertiĀ E-Clutch (macam Honda gunakan), berbeza nama tetapi konsep penggunaan tetap sama iaitu:
Boleh tunggang motor klac macam skuter, tak perlu main klac tangan.
Walaupun boleh berfungsi macam skuter, anda masih boleh menggunakan operasi klac tangan BENDA Rock 707 jika mahu.
Selain BEC MK-II ‘E-Clutch’, motosikal cruiser BENDA Rock 707 bertambah unik dengan penggunaan sistem suspensi angin dwi-ruang (dual chamber) untuk absober belakang.
Set absober belakang BENDA ini menggunakan sistem adaptif pintar yang akan selaras ketinggian tempat duduk secara automatik berdasarkan berat badan penunggang.
Malah sistem itu juga akan menyesuaikan peranan absober mengikut keadaan jalan. Semasa berhenti atau mula menunggang, sistem akan membantu merendahkan atau meninggikan motosikal.
Ciri lain ditambah pada cruiser ini ialah Kawalan Jelajah (Cruise Control).
Model ini membuat penampilan pertama di China International Motorcycle Expo 2025 sebelum diterbangkan ke Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025.
VARIAN & HARGA BENDA ROCK 707
Di China, ada tiga varian BENDA Rock 707 dilancarkan iaitu model asas Rock 707, diikuti varian pertengahan Rock 707 Pro dan varian tertinggi Rock 707 Ultra.
Harga diumumkan ialah:

- BENDA Rock 707: 25,900 RMB (anggaran harga RM15,016)
- BENDA Rock 707 Pro: 28,800 RMB (anggaran harga RM16,698)
- BENDA Rock 707 Ultra: 30,800 RMBĀ (anggaran harga RM17,855)
Kami berpeluang melihat varian BENDA Rock 707 Ultra dan beberapa model lain secara dekat semasa lawatan ke Hangzhou Saturn Power Technology iaitu pemilik jenama BENDA Motorcycle di Hangzhou, China.
SPESIFIKASI BENDA ROCK 707
Koleksi gambar penuh ada di hujung artikel ini. Di bawah ini adalah spesifikasi BENDA Rock 707 Ultra di China:
| BD2V80MU | |
|---|---|
| Enjin | 2 silinder (V-Twin) |
| Kapasiti | 691.6cc |
| Kuasa maksimum | 54kW @ 9,000rpm (72.4hp) |
| Tork maksimum | 68Nm @ 6,500rpm |
| Bore x Stroke | 80mm x 68.8mm |
| Nisbah mampatan | - |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | manual 6 kelajuan dengan klac elektronik BECMKII |
| Suspensi depan | Fork USD |
| Suspensi belakang | absorber udara dwi-kebuk jenis berkembar |
| Tayar depan | 150/80 - 16 |
| Tayar belakang | 180/65 - 16 |
| Brek depan | Cakera dengan kaliper 4 piston |
| Brek belakang | Cakera dengan kaliper 2 piston |
| Panjang | 2,256mm |
| Lebar | 855mm |
| Tinggi | 1,181mm |
| Jarak dari bumi | 150mm |
| Jarak roda | 1,545mm |
| Tinggi tempat duduk | 690 hingga 720mm |
| Tangki minyak | 16 liter |
| Berat | 218kg |
| Bonus | - Ada ABS - Ada Traction Control - Ada Cruise Control - Lampu penuh LED - Meter TFT 3.6 inci - OTA untuk naik taraf perisian |

























