
Selepas seminggu membuat kemunculan di Pameran Motor Milan (EICMA), kru kami bersama 39 lagi media Malaysia berpeluang melihat model ini secara dekat.
Inilah BENDA Dark Flag 950 dengan konfigurasi enjin V4. Kapasiti enjinnya ialah 948cc yang berupaya meledakkan kuasa setinggi 108hp dan 85Nm.
Semasa enjin motosikal dalam keadaan melahu, dua daripada empat silinder Dark Flag 950 akan berehat seketika. Ini untuk membantu mengurangkan membantu penjimatan bahan api dan juga kepanasan enjin.
Gerek dan lejang motosikal cruiser perdana dalam siri BENDA ini adalah 67mm x 67.2mm. Kawalan suhu enjin menggunakan kaedah sistem penyejukan cecair.
Jentera ini juga ada Sistem ABS yang boleh dinyah aktif, Kawalan Cengkaman dan Kawalan Jelajah (Cruiser Control)