Kali terakhir model moped Yamaha Y15ZR V2 di pasaran Malaysia menerima kemaskini warna terbaharu ialah pada bulan November 2020 yang lepas. Hari ini, akhirnya model berkenaan telah muncul semula dengan empat pilihan warna dan corak grafik terbaharu untuk musim 2022, dalam pilihan warna menarik Hijau, Cyan, Biru dan juga Kelabu.
Tag: Yamaha Y15ZR
Yamaha Y15ZR tidak lagi ditawarkan di pasaran Thailand dan Filipina, adakah pasaran Malaysia seterusnya?
Baru-baru ini susulan daripada tersebarnya gambar-gambar spyshot unit ujian Yamaha 135LC V8 2022 yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun depan, telah membuatkan timbulnya kemungkinan bahawa model moped popular Yamaha Y15ZR akan dihentikan pengeluarannya. Untuk rujukan, artikel berkenaan boleh dibaca melalui pautan di sini.
Adakah pengeluaran Yamaha Y15ZR V2 2021 bakal dihentikan sepenuhnya pada tahun depan?
Baru-baru ini dunia permotoran tempatan telah dikejutkan dengan kemunculan gambar-gambar spyshot sebuah model moped terbaharu, yang setakat ini dijangkakan sebagai model Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift terbaharu. Jika ianya menjadi kenyataan, model tersebut besar kemungkinan akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
Yamaha Y15ZR Doxou 2019 masih dijual di pasaran tempatan, dapatkannya segera sebelum kehabisan stok
Untuk anda yang mahukan sebuah model moped bertaraf ‘rare’ dan jarang-jarang dapat dilihat di jalan raya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada ketika ini masih menawarkan model Yamaha Y15ZR Doxou edisi terhad, yang dilancarkan dalam bulan Ogos 2019 yang lalu. Harga asasnya ketika itu ditetapkan sebanyak RM 8,168.00.
Tinjauan harga Honda RS150R, Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR selepas pengecualian duti eksais 100 peratus
Bermula pada tarikh 01hb. April sehingga 31hb. Disember 2021, pihak kerajaan telah memberikan pengecualian duti eksais sehingga 100 peratus kepada motosikal versi pemasangan tempatan (CKD), dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Ini bermakna harga motosikal di pasaran tempatan akan menjadi lebih murah bermula pada hari ini.






