Yamaha Motor Europe pada kelmarin dengan rasminya memperkenalkan Yamaha XMAX 300 2023, kini tampil dengan gaya rekaan serba baharu yang lebih dinamik. Untuk pasaran Eropah, model skuter maxi itu boleh didapati dalam dua pilihan warna menarik iaitu Icon Blue dan Sonic Grey, dan ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Mac 2023 akan […]
Tag: Yamaha XMAX 300
Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2022 kekal sporty, kini tampil dengan pilihan warna baharu Dark Petrol
Untuk pasaran Eropah, Yamaha bukan saja menawarkan Yamaha XMAX 300 2022 dalam versi standard, malah turut menawarkannya dalam versi yang lebih sporty dan premium iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2022. Untuk musim ini, ianya menerima pilihan warna baharu Dark Petrol, bersama-sama pilihan warna terdahulu Power Grey.
Yamaha XMAX 300 2022 di pasaran Eropah terima pilihan warna baharu Icon Blue
Salah sebuah model skuter maxi yang ditawarkan oleh Yamaha untuk pasaran Eropah ialah Yamaha XMAX 300. Untuk musim 2022, model tersebut kini telah menerima skim warna baharu Icon Blue, dan ianya ditawarkan bersama-sama pilihan warna dari musim 2021 iaitu Sonic Grey. Aspek spesifikasi teknikal pula kekal tiada sebarang perubahan.
Yamaha XMAX 300 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 22,447.94
Skuter maxi terbaharu Yamaha XMAX 300 2022 rasmi dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini, dengan harga jualan sebanyak THB 179,000, bersamaan RM 22,447.94. Empat pilihan warna yang ditawarkan untuk model tersebut ialah Dark Green, Redline, Milky White dan Icon Blue, di samping gabungan rim berwarna emas, hitam dan biru.
Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2021 untuk pasaran Eropah tampil lebih mewah dan sporty
Model skuter maxi terbaharu Yamaha XMAX 300 2021 telah pun ditawarkan di pasaran Eropah bermula bulan Februari 2021 ini. Pada masa yang sama selain daripada model standard, Yamaha Motor Europe turut memperkenalkan versi lebih mewah dan sporty iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2021, dengan tambahan ciri-ciri yang menarik.
Yamaha XMAX 300 2021 di pasaran Eropah kini bertaraf Euro 5, terima pilihan warna terbaharu
Skuter maxi Yamaha XMAX 300 2021 kini telah ditawarkan di pasaran Eropah bermula bulan Februari ini. Berbanding model tahun sebelumnya, XMAX 300 kini dilengkapi enjin yang patuh piawaian Euro 5 yang lebih bersih dan mesra alam, serta ditawarkan dengan pilihan warna terbaharu Icon Grey di samping warna terdahulu Sonic Grey.






