Untuk pasaran Eropah, salah sebuah model skuter bercirikan roda tiga yang ditawarkan oleh Yamaha Motor Europe ialah Yamaha Tricity 300 2022. Model berkenaan kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu Petrol Blue dan Sand Grey yang lebih menarik dan segar, di samping satu pilihan warna dari musim sebelumnya iaitu Gunmetal Grey.
Tag: Yamaha Tricity 300
Yamaha Tricity 300 ABS 2020 diperkenalkan di pasaran Jepun
Model skuter tiga roda terbaharu Yamaha Tricity 300 pada mulanya diperkenalkan buat pertama kali di acara Tokyo Motor Show 2019 pada Oktober, dan kemudiannya pada penghujung tahun tersebut, ianya dilancarkan di pasaran Eropah. Kini pada Ogos yang lepas, Yamaha Tricity 300 ABS 2020 telah diperkenalkan untuk pasaran Jepun.
Yamaha umum harga dan pek aksesori untuk Tricity 300
Yamaha Motor Europe baru-baru ini pada tarikh 26hb. Mei 2020 secara rasminya mengumumkan harga jualan untuk model terbaharu Yamaha Tricity 300. Harga yang diumumkan itu adalah untuk pasaran UK, ditetapkan sebanyak £7,399 (including VAT), bersamaan RM 39,930.74 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Model tersebut akan berada secara rasmi di pasaran UK mulai bulan Julai […]



