Salah sebuah jentera kembara lasak dalam segmen off-road yang cukup menarik dan sporty ialah Yamaha Ténéré 700 2022. Model tersebut bagaimanapun hanya ditawarkan di pasaran luar negara, termasuklah di pasaran Thailand dan Filipina. Di pasaran Thailand, Yamaha Ténéré 700 ditawarkan dengan harga RM 55,477.88, dan bermula dari RM 53,373.26 di pasaran Filipina.
Tag: Yamaha Ténéré 700
Yamaha Ténéré 700 World Raid 2022 diperkenalkan, bersedia untuk aksi kembara lebih ekstrem pada jarak yang lebih jauh
Pada pertengahan Februari 2022 yang lalu, Yamaha secara rasminya memperkenalkan jentera adventure terbaharu iaitu Yamaha Ténéré 700 World Raid 2022, untuk pasaran Eropah. Merupakan model yang ketiga selepas Yamaha Ténéré 700 2022 dan Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022, ianya tampil berbeza dengan spesifikasi lebih canggih.
Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022 untuk pasaran Eropah dilengkapi dengan ciri-ciri eksklusif yang lebih menarik
Untuk pasaran Eropah, Yamaha bukan saja menawarkan jentera adventure Ténéré 700 2022 dalam versi standard, malah turut menawarkannya dalam versi Rally Edition. Jadi apakah kelebihan yang ditawarkan oleh jentera tersebut? Di bawah berikut ialah senarai ciri-ciri eksklusif dan menarik yang melengkapi Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022.
Yamaha Ténéré 700 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini tampil dengan kemaskini warna terbaharu
Untuk pasaran Eropah, jentera kembara Yamaha Ténéré 700 2022 telah diperkenalkan secara rasmi sejak bulan Disember 2021 yang lepas. Model tersebut kini tampil dengan pilihan dua warna terbaharu Icon Blue dan Midnight Black yang lebih sporty, dan kedua-dua pilihan warna tersebut turut dipadankan dengan rim roda berwarna biru dan hitam.
Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2020 diperkenalkan, tampil istimewa dengan warna bersejarah
Yamaha Motor Europe pada dua hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan Yamaha Ténéré 700 Rally Edition model tahun 2020 terbaharu. Model tersebut tampil istimewa dengan warna tunggal Sky Blue yang bersejarah, sebagai penghormatan kepada model Yamaha XT600Z Ténéré 1983 yang menjadi asas kepada jentera rali Paris-Dakar yang ditunggang oleh Jean-Claude Olivier dan Serge Bacou.





