Nampaknya demam Yamaha RXZ berharga kayangan masih belum kebah. Terkini sebuah model Yamaha RXZ Catalyzer model tahun 2006 telah berjaya dijual dengan harga tunai sebanyak RM 63k. Harga jualan tersebut dikatakan termasuk “Pakej GTO Orimoto” yang pastinya menambahkan lagi nilainya di mata pembeli dan pencinta barangan berstatus ‘rare’.
Tag: Yamaha RXZ
Yamaha RX-Z Catalyzer berjaya dijual dengan harga RM 30k, adakah ianya termurah di pasaran Malaysia?
Masih lagi dengan berita mengenai model motosikal dua lejang legenda Yamaha RX-Z, yang sebelum ini terdengar ura-ura bahawa Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkannya semula di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Malah lebih mengejutkan, versi terbaharu yang bakal dilancarkan itu akan dilengkapi dengan enjin empat lejang.
Yamaha RX-Z Catalyzer 2010 untuk dijual, harga jualan kombo RM 110k
Masih panas dengan desas-desus kononnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal mengeluarkan kembali model legenda Yamaha RX-Z, nampaknya harga terpakai untuk model tersebut kekal berada pada paras enam angka. Terkini, laman FB Pokjacks Vtg Empire telah menyiarkan iklan sebuah Yamaha RX-Z Catalyzer 2010 berwarna kuning.
Yamaha RX-Z 135 berwarna ‘biru bohjan’ berjaya dijual pada harga tunai mencecah RM 60k
Yamaha RX-Z 135 merupakan sebuah model motosikal bertaraf legenda, dan sehingga kini model tersebut masih mempunyai ramai peminat setia. Sejak beberapa tahun yang lalu, harga terpakai untuk Yamaha RX-Z telah meningkat dengan begitu tinggi, sehingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, namun masih ada yang sanggup membelinya.
Yamaha RX-Z 135 2008 untuk dijual, versi terpakai satu pemilik, harga tunai RM 26,800.00 OTR
Model motosikal bertaraf legenda di pasaran Malaysia iaitu Yamaha RX-Z 135 keluaran tahun 2008, baru-baru ini telah ditawarkan untuk jualan oleh ICITY Motoworld Sdn Bhd. Harga jualan yang ditawarkan untuk model RX-Z versi terpakai dengan satu pemilik dan jarak perbatuan 20,000 km itu adalah sebanyak RM 26,800.00 sahaja (tunai OTR).
Adakah Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran Malaysia?
Sejak beberapa tahun yang lepas sehinggalah baru-baru ini, seringkali timbul persoalan yang serupa iaitu adakah Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran Malaysia? Jawapan yang paling mudah setakat ini ialah tiada sebarang maklumat atau petunjuk daripada pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mengenai persoalan tersebut.






