Team Classic Suzuki yang berpengkalan di UK merupakan antara pihak yang terjejas gara-gara pandemik Covid 19 yang bermula sejak tahun lepas. Oleh kerana kurangnya aktiviti perlumbaan, pasukan tersebut tidak membuang masa begitu sahaja, sebaliknya tampil dengan sebuah projek baharu yang boleh dikatakan begitu unik dan luar biasa.

