Suzuki baru-baru ini telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model kembara Suzuki V-Strom 650 2022 dan Suzuki V-Strom 650XT 2022 di pasaran Eropah. Bagi model V-Strom 650, ianya kini ditawarkan dua pilihan warna terbaharu Pearl Vigor Blue dan Glass Sparkle Black, bersama-sama pilihan warna terdahulu Pearl Brilliant White.
Tag: Suzuki V-Strom 650XT
Suzuki V-Strom 650XT 2021 kini di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 37,989.00
Khusus untuk peminat motosikal dalam segmen touring, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. kini melancarkan model Suzuki V-Strom 650XT 2021 untuk pasaran tempatan. Produk CBU dari Jepun itu boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Champion Yellow dan Candy Daring Red / Glass Sparkle Black, dengan harga jualan asas RM 37,989.00 sahaja.


