Suzuki di pasaran UK baru-baru ini telah memperkenalkan tiga pilihan warna terbaharu untuk model naked kelas pertengahan Suzuki SV650 2023. Ketiga-tiga pilihan warna tersebut didapati sama seperti mana yang diperkenalkan untuk Suzuki SV650 2023 di pasaran Itali. Selain itu, Suzuki SV650X 2023 turut menerima kemaskini warna baharu perak metalik yang menarik.
Tag: Suzuki SV650X
Suzuki SV650 ABS 2021 dan Suzuki SV650X ABS 2021 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran Jepun
Suzuki hari ini memperkenalkan model Suzuki SV650 ABS 2021 dan Suzuki SV650X ABS 2021 untuk pasaran Jepun. Kedua-dua model tersebut kini menerima kemaskini skim warna baharu yang kelihatan lebih segar dan menyerlah. Spesifikasi teknikal pula didapati masih sama kerana Suzuki tidak memaklumkan sebarang perubahan baharu.
Suzuki SV650X 2021 terima kemaskini warna baharu, kini dengan kerangka berwarna emas
Suzuki SV650X 2021 baru saja diperkenalkan di pasaran UK, kini tampil dengan kemaskini warna baharu. Warna asas untuk model tersebut masih sama dengan warna model tahun 2020 iaitu Glass Sparkle Black, namun kini ianya digandingkan dengan kerangka berwarna emas. Suzuki SV650X 2020 mempunyai kerangka berwarna hitam.



