Suzuki Malaysia kini semakin rancak memperkenalkan model-model motosikal terbaharu untuk pasaran tempatan. Pada tarikh 26hb. Oktober 2021 yang lepas, syarikat berkenaan secara rasmi melancarkan model Suzuki Hayabusa 2021 terbaharu, dengan harga jualan asas sebanyak RM 111,200.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

